PRU15 Tiada Pemenang… Kuasa Allah SWT Penentu Segala
Menang 121 kerusi parlimen PRU14, masih gagal menjadi Perdana Menteri
Menang 82 sahaja kerusi parlimen PRU15, tetapi Allah takdirkan menjadi Perdana Menteri
Menang 79 kerusi parlimen PRU14, dihina dicaci dibuat pendakwaan politik, menjadi pariah sampai nak buat serah kuasa secara aman pun tak dipeduli
Menang 30 sahaja kerusi parlimen PRU15, tetapi menjadi king maker, menentukan siapa yang menjadi kerajaan, menggoyahkan setiap pendirian parti-parti lain dan menjadi pemusnah impian parti yang lebih besar
Begitulah kuasa Allah Taala. RancanganNya sentiasa mengatasi rancangan manusia. KuasaNya sentiasa mengatasi usaha manusia
Dia memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dia mencabutnya daripada sesiapa yang Dia kehendaki
Kepada Allah kita berserah. Dan kepadaNya kita meletakkan sepenuh penggantungan
Tahniah DS Anwar Ibrahim. Selamat bertugas PM ke 10 Malaysia.