Rencana

UMNO/BN Teras Kerajaan Perpaduan

1. Kerajaan Perpaduan bukanlah kerajaan PH. Kerajaan Perpaduan juga bukan kerajaan BN.

2. Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang dibentuk hasil TITAH DYMM SPB YDPA dan disahut oleh pelbagai pimpinan parti politik yang cintakan kestabilan & kemakmuran rakyat dan negara.

3. Kerajaan Perpaduan tidak disertai oleh para pemimpin parti-parti politik yang angkuh, sombong, takabbur dan engkar terhadap TITAH Tuanku.

4. TIADA mana-mana pihak atau parti politik boleh mendakwa memenangi PRU15 dan menganggap kerajaan ini adalah hasil kemenangan mereka dalam PRU15.

5. UMNO dan Barisan Nasional merupakan pemain utama yang membentuk kerajaan perpaduan, akur terhadap TITAH Tuanku serta ‘King Maker’ kepada Kestabilan & Kemakmuran rakyat dan negara, pasca PRU15.

6. SEKIRANYA UMNO & Barisan Nasional tidak memainkan peranan utama, Kerajaan Perpaduan tidak akan dapat dibentuk, krisis ekonomi & politik negara akan berpanjangan serta kehidupan rakyat tidak akan makmur.

7. Peranan utama UMNO & Barisan Nasional dalam perkara ini melahirkan Kestabilan & Kemakmuran pada rakyat & negara.

8. Kestabilan & Kemakmuran merupakan slogan & motto Barisan Nasional sepanjang kempen PRU15.

9. Slogan Kestabilan dan Kemakmuran kini menjadi realiti di bawah Kerajaan Perpaduan, meski pun Barisan Nasional tidak memperolehi majoriti mudah membentuk kerajaan.

Syabas dan tahniah kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO & Barisan Nasional yang telah menzahirkan Kestabilan dan Kemakmuran kepada rakyat & negara pasca PRU15.
Syabas dan tahniah kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO & BARISAN NASIONAL kerana telah menjadi TERAS KEPADA KERAJAAN PERPADUAN.

Zamzuri Mohamed Tahir