Undi Percaya Seolah-olah Derhaka…?
Pening saya dengan DS Shahidan (PN-Arau). Dia boleh kata undi percaya ini seolah-olah derhaka dan tidak percaya kepada keputusan Agong pula.
Mai dari mana MP cerdik macam ni?. Weh, Perkara 43(2) Perlembagaan kata YDPA hendaklah melantik seorang Perdana Menteri yang pada HEMAT BAGINDA mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Maka undi percaya ini sebenarnya menunjukkan ketaatan, keyakinan dan pembuktian bahawa HEMAT BAGINDA dalam urusan pelantikan Perdana Menteri adalah tepat.
Tidak dilakukan secara semberono dan tidak dilakukan dengan memihak mana-mana parti.
Jika nak dikatakan derhaka, maka lebih sesuai dituju kepada mereka yang tidak berpuas hati atas pelantikan DS Anwar ketika itu. Termasuk mempertikaikan kuasa Agong dengan sindiran ‘pilihan bumbung kuning’ atau ‘pengadil bagi extra time tanpa sebab’.
Apa beza anda semua dengan segelintir pemimpin PH pada tahun 2020?. Yang mengatakan tindakan YDPA memilih TS Muhyiddin sebagai PM pada ketika itu kerana ‘faktor kaum’.
Masalah sebahagian orang politik hari ini adalah mereka mempunyai ketaatan terpilih. Mereka memilih-milih titah yang mereka suka dan membuang titah yang tidak memihak mereka.
Inilah sebenarnya ciri-ciri derhaka