Isu Semasa

Pertandingan Jawatan No 1 Dan No 2

Sekadar catatan.

Dalam sejarah Perhimpunan Agung UMNO pernah memutuskan tidak ada pertandingan jawatan no 1 dan no 2 nya.

1996, bermula dengan cadangan MKT hanya untuk jawatan no 1 tidak dipertandingkan. Perwakilan mengemukakan usul baru yang dipersetujui oleh TS Ninam Shah, Pengerusi Tetap agar dimasukkan juga jawatan no 2 tidak dipertandingkan. PAU bersetuju. Ketika itu No 1, DS Dr Mahathir. No 2 DS Anwar Ibrahim.

2001, MKT bentangkan usul supaya tidak ada pertandingan No 1 dan No 2. Dr. Mahathir dan Pak Lah. PAU bersetuju.
2023, tiada usul dari MKT, tetapi usul tambahan datang dari Perwakilan. Dibahas dan diundi. PAU bersetuju. No 1 DS Zahid Hamidi. No 2 Tok Mat Hassan.

Walau bagaimanapun berbanding parti-parti politik lain, UMNO paling banyak berlaku perubahan pucuk pimpinan partinya.

Datuk Seri Shabery Cheek