Aktiviti & KomunitiBerita

Selamat Tahun Baharu Cina, Erat Perpaduan

Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina khususnya kepada mereka yang meraikannya.

Beliau yang memberikan ucapan ringkas menerusi laman Facebooknya berharap agar dapat semarakkan sambutan perayaan ini dengan semangat perpaduan.

Dilaporkan masyarakat Cina menyambut Tahun Baharu Cina pada Ahad dan Isnin ini.

Dalam kalendar Cina, terdapat 12 binatang mewakili zodiak pada setiap tahun dan tahun ini merupakan giliran arnab. – UMNOPutrajaya