Aktiviti & Komuniti

Selamat Berpuasa, Bersamalah Kita Tingkatkan Ibadah Kepada-Nya

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggraini Sentitaki bersama kepimpinan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.

Beliau berharap agar dalam menunaikan puasa akan dapat bersama-sama meningkatkan ibadah kepada Allah SWT.

Terdahulu, pengumuman mula berpuasa telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. – UMNOPutrajaya