Rencana

Rindu Zaman KuNan…

Terpandang satu posting dalam satu group komuniti yang merindui apa yang Ku Nan bekas Ahli Parlimen Putrajaya dulu lakukan dan berikan kepada penduduk Putrajaya ketika beliau diamanahkan sebagai wakil rakyat kepada orang Putrajaya….

ya… memang tidak dinafikan banyak jasa telah Ku Nan lakukan sepanjang 4 penggal bergelar Wakil Rakyat kepada penduduk Putrajaya termasuk komuniti seperti surau dan persatuan penduduk…. namun kadangkala jasa dan kebaikan itu hanya akan dikenang bila ia sudah tiada lagi…. hanya kerana terpedaya dan terpengaruh dengan hasutan serta janji² manis sesuatu pihak….

ya…. memang tidak dinafikan meskipun beliau tidak lagi memegang jawatan namun beliau masih lagi lakukan apa yang selau beliau lakukan sejak dulu iaitu membantu dan memberikan sumbangan kepada komuniti…. tak caya…. maknanya anda menutup mata dan hati dari melihat….

ya…. memang tidak dinafikan dia kaya tapi jika diselidiki beliau sudah kaya-raya sebagai konglomerat perniagaan dengan taksiran kekayaan RM950 juta sebelum menjejakkan kaki di Putrajaya sebagai wakil rakyat…. selama 20 tahun kekayaan beliau susut menjadi RM400 juta saja… ya…. beliau kaya itu tidak dinafikan… sudah itu rezeki beliau…. soal adakah kekayaan beliau itu dengan cara yang halal atau tidak hanya Allah swt sahaja yang menghukumnya sedangkan undang² dunia tidak mendapati beliau salah mencari kekayaan….

ya…. ada menuduh apa yang beliau bagi itu menggunakan duit rakyat takkala beliau menjadi Menteri Wilayah bukan menggunakan duit poket beliau sendiri… memang mudah memainkan persepsi ini…. jika sekalipun apa yang beliau gunakan duit Kementerian akhirnya dirasai oleh orang Wilayah jua bukannya masuk poket beliau pun… jika ada pun tuduhan sebegitu hanya lebih kepada persepsi dan prejudis semata² tanpa bukti yang kukuh mampu mengheret beliau ke muka pengadilan….

ya…. memang tidak dinafikan yang menghasut dan yang menjatuhkan beliau ini adalah dulu yang menjadi pengikut beliau malah ada yang menjadi orang kuat Bahagian yang kecewa atas beberapa faktor…. ada yang kecewa kerana kalah bertanding…. ada yang kecewa tidak lagi dapat projek…. ada yang kecewa dengan perangai orang keliling Ku Nan…. ada yang benci dengan sikap Ku Nan yang mendengar cakap orang tertentu… ada yang kecewa dengan pelbagai alasan akhirnya mereka² inilah yang menjadi penghasut kepada penduduk Putrajaya agar membenci Ku Nan lantas menghukum dalam PRU15 baru² ini dengan menjadi jentera dan penyokong pihak lawan beliau….

kini Putrajaya sudah mendapat Ketua Kampung atau Penghulu yang baru hasil tangan 16,000 pengundi yang majoritinya anak muda…. anak muda yang kononnya mahukan sebuah “Era Baru” di bumi Putrajaya tanpa berfikir jauh kesannya tindakan membuta-tuli mereka itu yang akan dirasai selama 5 tahun akan datang…. rata² anak² muda ini adalah hasil dari apa yang mereka dapat dan kecapi sejak 4 penggal lalu… anak² muda ini yang membesar dalam Putrajaya sejak 20 tahun lalu menikmati kenikmatan sebuah bandar moden tersusun tanpa rasa bersalah umpama anak² zaman selepas merdeka yang tidak pernah melalui zaman perang Jepun tidak memahami erti kesengsaraan penderitaan keperitan kerana tidak melaluinya….

“sesal dahulu berpendapatan… sesal kemudian tiada gunanya” bidalan orang-orang tua dahulu yang paling tepat buat penduduk Putrajaya… anda buat anda dapat… maka hadap la 5 tahun yang mendatang…. aku sebagai pengundi dan rakyat yang sudah 18 tahun menetap mencari rezeki di bumi Putrajaya melihat apa yang berlaku di sini sejak dulu mengucapkan jutaan terima kasih buat insan bernama Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor atas segala budi baik beliau selama ini… hanya Allah swt sahaja yang boleh menilainya….

Joy Reyzal
Pudina P17