Terima Kasih Jayakan Nur Ramadan Putrajaya
PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan penghargaan dan bertima kasih kepada warga tempatan yang telah bersama-sama menjayakan Nur Ramadan Putrajaya.
Katanya, perjalanan yang lancar dan teratur sepanjang Nur Ramadan Putrajaya dilaksanakan adalah hasil daripada sokongan para penduduk setempat yang sentiasa bersama dalam mengimarahkan Ramadan.
“Alhamdulillah, kita dapat mengimarahkan Ramadan dengan berbuka puasa beramai-ramai di kediaman saya yang turut diserta ahli keluarga saya bersama-sama para penduduk setempat.
“Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang membantu dan yang telah memenuhi jemputan saya, berbuka puasa bersama-sama dan bersolat jemaah. Saya amat bersyukur kerana kita dapat bersama-sama dalam suasana yang sejahtera,” katanya.
Terdahulu, program berbuka puasa beramai-ramai yang telah menjadi tradisi saban tahun kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya telah dilaksana bermua 1 Ramadan yang meraikan penduduk setempat secara berperingkat.
Sewaktu era kepimpinan Barisan Nasional (BN), Nur Ramadan sedemikian dilaksana di tingkat atas Medan Selera Presint 8 yang dibuka secara percuma bukan hanya kepada penduduk setempat malah juga kepada para pengunjung Putrajaya.
Suasana meriah dan konsep kekeluargaan yang diaplikasi telah mengeratkan perpaduan dengan semangat silaturrahim malah pengunjung ketika itu pada satu-satu masa pernah menjangkau hingga lebih 500 orang. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.