Aktiviti & Komuniti

Program Meriahkan Raya Bantu Ringankan Beban Rakyat Menjelang Aidilfitri

PUTRAJAYA – Penghujung Ramadan yang masih berbaki lebih seminggu sebelum menjelang Aidilfitri, tentunya banyak barangan keperluan yang perlu dipenuhi khususnya bagi melengkapkan barangan untuk hari raya kelak.

Sehubungan itu, UMNO Bahagian Putrajaya melalui Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO telah menggerakkan usaha membantu rakyat dengan menyalurkan bantuan berbentuk baucher bagi membeli barang-barang keperluan di pusat membeli belah Parkson, hari ini.

Program yang telah menjadi acaran tahunan UMNO Bahagian Putrajaya ini dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor dengan diiringi Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Mohd Zuazwarey Zulkifli dan Ketua Puteri UMNO Putrajaya, Siti Salwa Shokri.

Turut bersama dalam program tersebut ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Husna Abdul Rahaman dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Dr Tengku Muhammad Hafiz Tengku Adnan.

Semoga bantuan yang dihulur akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung rakyat menjelangnya hari raya. – UMNOPutrajaya