Berita

UMNO Putrajaya Rakam Penghargaan, Raikan Persaraan Pengarah Jabatan Pendidikan WP Putrajaya

PUTRAJAYA – Budi tersemat bukan sedikit bagi seorang ketua yang telah lama menyemai bakti dalam usaha memartabatkan pendidikan anak-anak setempat sebagaimana yang telah dilaksana oleh Puan Hajah Farizah Ahmad.

Justeru, lantaran sanjungan budi yang tidak terhingga maka UMNO Bahagian Putrajaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas persaraan beliau selaku Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Puan Hajah Farizah telah diraikan dalam Program Bicara Profesional: Budaya Kerja Berprestasi Tinggi & Majlis Persaraan di Dewan Melati, Perbadanan Putrajaya, semalam.

Sememangnya, penghormatan UMNO Bahagian Putrajaya kepada penjawat awam pelbagai peringkat telah diaplikasi sejak bertahun-tahun lalu malah diraikan dengan semangat kekeluargaan yang erat.

Terima kasih atas budi, jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Puan Hajah Farizah kepada sektor pendidikan negara sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Selamat bersama dan moga terus sihat sejahtera. – UMNOPutrajaya