Mesyuarat UMNO Putrajaya Mantapkan Gerak Kerja Untuk Terus Perkukuh UMNO
PUTRAJAYA – Mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya dilaksana sebagai usaha meneruskan gerak kerja dalam usaha memantapkan anggota parti dalam usaha memperkukuh UMNO kembali.
Mesyuarat dipengerusikan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor yang dihadiri oleh anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian terbabit dengan pelaksanaan perbincangan dilakukan di pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, Presint 15, di sini.
Tengku Adnan berkata, mesyuarat berkenaan turut menyentuh berkaitan pasca Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang baru berakhir semalam.
“Banyak perkara yang dibincang khususnya berkaitan kepentingan untuk membantu rakyat dalam keadaan yang terbatas selepas UMNO/BN bukan lagi wakil rakyat di sini namun ini bukanlah alasan untuk kita tenggelam sebaliknya anggota parti terus bersemangat.
“Ini ditambah lagi dengan pelbagai aduan dari masyarakat setempat berkaitan pelbagai keperitan rakyat,” katanya.
Ujar beliau, perkara pelaksanaan dan usaha memperhalusi gerak kerja dibincangkan pada mesyuarat itu dan akan dipanjangkan untuk dikoordinasi di peringkat Cawangan dan akar umbi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.