Tengku Adnan Teruskan Khidmat Bakti, Mudahkan Rakyat
PUTRAJAYA – Khidmat bakti bukan hanya kerana pangkat dan kedudukan. Itulah yang sinonim bagi menggambarkan kesungguhan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor yang masih meneruskan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan terhadap warga tempatan biarpun bukan lagi bergelar wakil rakyat di sini.
Sebagaimana pelaksanaan Klinik Rakyat Ku Nan yang diangkat berterusan demikianlah juga pelbagai kemudahan lain termasuklah khidmat van jenazah percuma yang disediakan kepada komuniti Putrajaya apabila kematian ahli keluarga.
Sesungguhnya pelbagai kaedah telah diaplikasi oleh Tengku Adnan sewaktu bergelar Ahli Parlimen di sini bagi memastikan warga tempatan terbela dan mendapat pelbagai bantuan serta dipermudahkan urusan melibatkan apa-apa juga keadaan.
Namun lebih bermakna apabila khidmat bakti yang ditabur ini tidak dihentikan walaupun dalam Pilihan Raya Umum ke-15 lalu pengundi tempatan memilih parti lawan yang bertemakan ‘Era Baharu’
Biarpun atas nama ‘Era Baharu’ namun sehingga kini warga tempatan masih ternanti-nanti pelbagai janji yang tidak tertunai sebaliknya tetap mendambakan kepimpinan Tengku Adnan yang masih berterusan menaburkan pelbagai bantuan kepada para penduduk.
Khidmat van jezah secara percuma adalah antara yang sememangnya memudahkan orang ramai kerana ia bukan hanya dilaksana di sekitar Putrajaya tetapi juga membawa jenazah pulang ke kampung halaman tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Inisiatif ini telah dilaksana oleh Tengku Adnan sejak beliau menjadi wakil rakyat di sini dengan diletakkan di bawah Biro Agama UMNO Bahagian Putrajaya. Ini adalah sebagai usaha untuk membantu mengurangkan beban ahli keluarga dan waris jenazah khususnya dalam keadaan berdepan dengan kehilangan, malah berlanjutan hingga kini biarpun bukan lagi wakil rakyat.
Semoga usaha murni dan segala kebaikan yang dilaksana akan mendapat keberkatan dari Allah SWT. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.