Semarakkan Semangat Pelajar Melalui Peranan PIBG
PUTRAJAYA – Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) diaktifkan sepenuhnya terutama di Putrajaya dengan sokongan penuh daripada UMNO Bahagian terbabit.
Ini kerana PIBG memberi manfaat untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru yang impaknya akan dirasi secara langsung oleh pelajar-pelajar di sekolah.
Selari dengan itu, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Putrajaya YB Senator Datuk Hisamudin Yahya telah merasmikan mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Presint 17(1) Putrajaya pada Sabtu.
Dalam ucapannya beliau menekankan berkaitan peranan PIBG sebagai pencetus kepada kecemerlangan sekolah khususnya untuk para pelajar.
Dalam majlis ini juga, Datuk Hisamudin turut menyampaikan sumbangan dan jersi bola sepak yang baharu kepada sekolah terbabit. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.