Isu Semasa

SPRM: Buka Segera Fail Lama Tun M

SPRM kena buka balik fail Tun M dan anak anaknya. Tun M dakwa dirinya suci bersih. Sedangkan banyak amalan kronisme dan rasuah berlaku masa dia jadi PM.

Contohnya, Petronas melalui MISC “bailout”konsortium perkapalan milik Mirzan. Mahathir adalah PM masa itu. Bukankah itu kronisme?

Pada tahun 1997 Mokhzani Mahathir adalah pemilik saham terbesar Kumpulan Hospital Pantai. Sekali lagi Tun M adalah PM ketika itu.

Group ini menguasai kontrak pembekalan peralatan semua hospital kerajaan termasuk konsensi FOMEMA. Mokhzani juga pemilik Kencana Group yang mendapat kontrak berbilion ringgit dari Petronas

Tun M adalah PM pada tahun 2002. Dia juga penasihat Petronas ketika itu. SPRM kena siasat apakah wujud kronisme hingga Kencana Petrolium dapat layanan anak emas.

Tun M bersara tahun 2003. Dia jadi penasihat Petronas 12 tahun. Apakah Petronas bebas kronisme? 22 tahun dan 22 bulan dilindungi oleh jawatan PM. Sampai masanya SPRM buka fail lama.

Dr Puad Zarkashi