Teruskan Khidmat Bakti, Pengurusan Van Jenazah Inisiatif Tengku Adnan Bantu Rakyat
PUTRAJAYA – Pengurusan van jenazah yang dicetuskan oleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meneruskan khidmat memudahkan warga tempatan yang ditimpa musibah.
Terbaharu, khidmat pengurusan van jenazah telah memudahkan keluarga penduduk Presint 18, Putrajaya dalam menguruskan pengkebumian arwah.
Hal ini dilaksana dengan penghantaran jenazah yang meninggal dunia di Putrajaya di hantar ke Bukit Mendi Triang, Pahang untuk dikebumikan di kampung halamannya.
Sememangnya pelbagai kaedah telah diaplikasi oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi memastikan rakyat terbela dan mendapat pelbagai bantuan serta dipermudahkan urusan melibatkan apa-apa juga keadaan.
Khidmat van jenazah percuma tersebut telah dilaksana berterusan sejak Tengku Adnan menjadi wakil rakyat di sini iaitu bukan hanya dilaksana di sekitar Putrajaya tetapi juga membawa jenazah pulang ke kampung halaman tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Walaupun kini Tengku Adnan bukan lagi Ahli Parlimen namun bantuan yang dihulur berterusan sebagai usaha untuk membantu mengurangkan beban ahli keluarga dan waris jenazah khususnya dalam keadaan berdepan dengan kehilangan.
Semoga usaha murni dan segala kebaikan yang dilaksana akan mendapat keberkatan dari Allah SWT. – UMNOPutrajaya