Aktiviti & Komuniti

Ziarah Kasih… Manifestasi Keluarga Besar UMNO Putrajaya Tetap Bersama

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya membuktikan kesungguhan melaksanakan khidmat bakti tanpa banyak alasan sama ada sebagai kerajaan, pembangkang atau tidak berjawatan sekalipun bukan lagi wakil rakyat setempat.

Hal ini diaplikasi menerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya yang terus diaktifkan oleh Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor biarpun bukan lagi bergelar Ahli Parlimen di sini selepas beralih ke tangan Datuk Seri Mohd Radzi Jidin November lalu.

Tengku Adnan yang terus berusaha membantu warga Putrajaya agar dapat hidup selesa meneruskan pelbagai kemudahan dan khidmat sosial yang telah dilaksanakan sejak bertahun-tahun lalu termasuklah turun padang melalui program Ziarah Kasih.

Program ini adalah usaha berterusan UMNO Putrajaya di bawah Biro Kebajikan UMNO Putrajaya yang dipengerusikan oleh Puan Husnah Abd Rahaman merangkap Ketua Wanita UMNO di sini.

Beliau bersama-sama anggota jawatankuasanya telah menyusur akar menziarahi mereka yang kesusahan, ditimpa musibah dan uzur sebagai tanda kebersamaan UMNO Putrajaya dalam pelbagai keadaan.

Antara lawatan yang dibuat ialah mengunjungi ayahanda Ayu dan Puan Mas Aripin yang terlantar sakit di kediaman mereka di Putra Harmoni Presint 9.

Dalam kunjungan berlainan, Puan Husna dan anggota jawatankuasanya mengadakan Ziarah Kasih kepada Puan Noraisyah yang baru sahaja mengalami kecederaan akibat kemalangan di Lebuhraya MEX ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di RTM Angkasapuri.

Semoga dengan usaha yang dilaksana berterusan oleh UMNO Bahagian Putrajaya akan diberkati Allah SWT – UMNOPutrajaya