Aktiviti & Komuniti

Aplikasi Keberkatan Muharam, Bersama Teruskan Tradisi Kacau Bubur Asyura

PUTRAJAYA – Bersempena Tahun Baharu Hijrah, I Muraharam, UMNO Cawangan Bunga Dedap dengan kerjasama Komuniti Blok 2A dan 2B, di sini telah melaksanakan tradisi memasak bubur Asyura.

Acara yang memasak makanan ini dilakasana secara bergotong-royong dalam suasana kekeluargaan di pekarangan lobi Blok 2B dengan dimulakan seawall jam 8 pagi.

Sememangnya aktiviti sedemikian adalah amalan berterusan yang menjadi kebiasaan bagi UMNO Bahagian Putrajaya bagi mengeratkan ukhwah dalam masyarakat di samping memupuk keceriaan dalam program sedemikan sambil beramal.

Turut bersama hadir memeriahkan acara terbabit ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim dan juga Ketua Wanita UMNO Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman. – UMNOPutrajaya