Isu Semasa

PRN: Jangan Jadikan Bossku Untuk Kepentingan Diri Tarik Undi

Sebagai Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, saya Sharif Musa Sharif Mabul mengecam kenyataan Syed Muhammad Imran.

Siapa sebenarnya Syed Muhammad Imran ini? Mengaku sebagai penyokong Datuk Seri Najib Razak?

Jangan jadikan nama Bosku Najib sebagai menarik perhatian untuk kepentingan sendiri?

Adakah surat bertulis Bosku mengaku Syed Muhammad sebagai penyokong Bosku Najib dan memberi arahan untuk membuat kenyataan seperti ini?

Kami sebagai Ketua UMNO Bahagian sebenarnya adalah penyokong tegar Bosku Najib, tidak pernah Bosku memberi arahan untuk membuat kenyataan seperti ini. Malah, Bosku memberi arahan untuk membantu Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi 6 PRN.

Jika hendak berkempen, gunalah cara objektif, misi dan visi untuk kepentingan rakyat dan negara, bukan cara memetik nama Bosku Najib untuk mencari undi simpati.

Sebagai Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, kami adalah penyokong Bosku Najib, dan menyokong penuh kepimpinan YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO Malaysia.

#TolakMisiKepentinganDiri

Sharif Musa Sharif Mabul