Aktiviti & Komuniti

UMNO Bahagian Putrajaya Turun Padang, Aktif Selaku Jentera PRN

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya telah mengaktifkan jentera membantu calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadual Ogos depan.

Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa jentera UMNO Bahagian Putrajaya akan membantu calon-calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding di Ampang dan Semenyih.

Untuk penamaan calon, anggota jentera terbabit akan mengiringi calon-calon yang bertanding sebagai tanda sokongan dan memastikan undi masyarakat setempat akan berpihak kepada Kerajaan Perpaduan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Tarikh penamaan calon di keenam-enam negeri berkenaan ditetapkan pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Sebelum ini Kelantan terlebih dahulu membubarkan DUN iaitu pada 22 Jun lepas, diikuti Selangor 23 Jun manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing pada 28 Jun dan Negeri Sembilan pada 1 Julai. – UMNOPutrajaya