Aktiviti & Komuniti

Mesyuarat UMNO Putrajaya Tekad Teruskan Gerak Kerja Demi Kesinambungan Perjuangan

PUTRAJAYA – UMNO Putrajaya yang mengadakan mesyuarat hari ini bertekad meneruskan gerak kerja demi kesinambungan perjuangan UMNO yang berteraskan agama, bangsa dan negara.

Mesyuarat tersebut yang yang dipengerusikan oleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sememangnya dilaksana setiap kali usai Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, adalah untuk pemahaman daripada perbincangan peringkat atasan untuk dilaksana ke peringkat akar umbi.

Ini termasuklah sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dengan penerangan yang terperinci perlu dilaksana bagi memastikan kestabilan politik negara dan kemakmuran rakyat sebagaimana ketetapan Majlis Kerja Tertinggi pada 23 November 2022 dan diabsahkan di Perhimpunan Agung UMNO 2023 pada 10 Jun 2023 lalu.

Menyambut baik cadangan YAB Perdana Menteri untuk mewujudkan kembali Konvensyen Ekonomi Bumiputera dan UMNO menawarkan untuk mengurus-selia penganjurannya sebagaimana yang pernah UMNO laksanakan pada tahun 1965 sehingga tertubuhnya MARA setahun kemudian. – UMNOPutrajaya