Aktiviti & Komuniti

Pemuda UMNO Putrajaya Semarakkan Hari Malaysia, Santuni Warga Tempatan

PUTRAJAYA – Bersempena sambutan Hari Malaysia hari ini, UMNO Bahagian Putrajaya meraikan kemeriahannya dengan mengedarkan risalah dan bendera ‘Jalur Gemilang’ kepada orang ramai di Medan Selera di Presint 9, hari ini.

Program tersebut adalah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang diadakan bertujuan memperingati pembentukan Malaysia 60 tahun lalu.

Turut bersama-sama dalam program tersebut menyantuni orang ramai di sini ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Hisamudin Yahaya di samping Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Saudara Wary Zulkifli; Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNOnya, Saudara Saiful Sulaiman berserta AJK Pemuda UMNO tempatan.

Semoga dengan adanya program sedemikian akan dapat menyemarakkan semangat patriotik dan nasionalisme terhadap tanah air tercinta selain terus mengahargai kesejahteraan yang telah dikecapi selama ini. – UMNOPutrajaya