Penerangan Putrajaya Teruskan Aspirasi Parti, #TakBanyakAlasan Demi Perjuangan UMNO
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya hari ini telah mengadakan mesyuarat yang memperhalusi perbincangan bagi pelaksanaan gerak kerja serta memperbaharui tekad dalam usaha memastikan kesinambungan perjuangan terus dilaksana tanpa banyak alasan.
Ketua Penerangannya, Dr Tengku Muhammad Hafiz yang mempengerusikan mesyuarat menggesa jawatankuasanya disetiap peringkat untuk menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang yang ada hari ini dalam fokus membantu memperkukuh parti.
Katanya, sebagai anggota parti tidak kiralah atas peringkat mana sekalipun sewajarnya sama-sama berusaha memastikan UMNO berada dalam kedudukan terbaik dengan menghormati institusi dan organisasinya.
Jelasnya, UMNO Bahagian Putrajaya hari ini berpijak atas realiti dengan sama-sama mendukung Kerajaan Perpaduan biarpun bergelar pembangkang di bahagian terbabit namun ia bukanlah alasan untuk meneruskan perjuangan.
Beliau memaklumkan gerak kerja berterusan dibuat bagi memperkukuh sokongan akar umbi dan memastikan ahli yang ada benar-benar orang UMNO dan faham dengan keadaan semasa.
“Kita telah bersepakat, meyakini dan mempunyai tekad untuk memperkukuh UMNO, menyokong kepimpinan dan organisasi parti, bersatu, bersetia dan berkhidmat maka kita perlu hadapi apa-apa juga cabaran bersama-sama.
“Jangan mudah kita terpedaya dan bercakaran tetapi kita perlu meraikan kesatuan dalam kepelbagaian idea,” katanya lagi yang mempengerusikan mesyuarat di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, hari ini. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.