Aktiviti & Komuniti

‘Doa Sebagai Senjata’, Bacaan Yassin & Doa Selamat Demi Bumi Palestin

PUTRAJAYA: Bertempat di Masjid Putra, di sini, Wanita UMNO Bahagian Putrajaya mengadakan bacaan Yassin doa selamat untuk kesejahteraan masyarakat Islam di Palestin yang sedang berdepan serangan akibat kezaliman Israel.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman bersama-sama anggota jawatankuasa dan penduduk setempat mengadakan acar tersebut sebagai tanda solidariti memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara keselamatan rakyat negara berkenaan, selain sokongan moral, prihatin dan kebersamaan dengan saudara seagama di bumi Palestin.

Turut hadir bersama-sama dalam majlis tersebut ialah isteri Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datin Seri Angraini Sentiyaki.

Dilaporkan pada 7 Okt lalu, Ketua Tentera Hamas Mohammed Al-Deif mengisytiharkan permulaan operasi ketenteraan dinamakan Operasi Banjir Al-Aqsa untuk menentang Israel susulan serangan roket bertubi-tubi dari Semenanjung Gaza.

Rentetan itu, tentera Israel melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap Hamas di Semenanjung Gaza yang telah mengorbankan ribuan nyawa. – UMNOPutrajaya