Perjuangan Anwar Ibrahim Untuk Palestin
1. Ketika dunia ditanya siapakah dalam kalangan pemimpin yang sentiasa konsisten dan komited memperjuangkan nasib Palestin?
2. Pastinya ramai yang akan mengakui dan bersuara bahawa merekalah orangnya. Walaupun, sekadar suara tanpa aksi yang nyata.
3. Tidak seperti DSAI, beliau kelihatan lebih tenang. Dalam meratap syugul, beliau komited dengan suara yang lantang dan tindakan yang tegas membela nasib rakyat Palestin.
4. Pada tahun 1983 DSAI diisytiharkan sebagai Anak Palestin oleh Yasser Arafat. DSAI cukup terkenal dengan perjuangan di peringkat antarabangsa yang lantang membela hak rayat Palestin.
5. DSAI juga adalah Ketua Pemuda UMNO pertama yang melakukan demonstrasi menentang keganasan dan kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin satu ketika dahulu.
6. Di awal usia perjuangannya, beliau sudah bermula dengan memikirkan nasib rakyat dalam dan luar negara. Begitu murninya perjuangan beliau.
7. Selepas menjadi Perdana Menteri, beliau antara pemimpin yang sentiasa komited menyuarakan hak dan memberikan bantuan kepada Palestin.
8. Bermula 9 Januari 2023 hinggalah ke hari ini, beliau tidak pernah berhenti memikirkan nasib yang menimpa rakyat Palestin.
9. Beliau juga menegaskan bahawa sokongan Malaysia terhadap Palestin tidak akan berbelah bagi. Malaysia akan terus menumpukan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
10. RM100 juta, akan disalurkan khusus ke Gaza untuk tabung kemanusiaan dan perubatan. Syabas DSAI, sebagai rakyat Malaysia kami bangga dengan perjuangan ini.
11. Seluruh rakyat Malaysia sentiasa menyokong setiap keputusan DSAI. Kami percaya, setiap yang dilakukan pastinya sesuatu yang terbaik dan berisi dengan kebaikan.