Program Sembang Santai Perkukuh Perjuangan UMNO
PUTRAJAYA – Ahli-ahli UMNO terus istiqamah dalam perjuangan merentasi onak cabaran, maka tekad bagi terus menyemarakkan semangat untuk parti kembali kukuh tidak pernah pudar.
Untuk itu, program Sembang Santai Semarak Lavender telah dilaksana anjuran Pergerakan UMNO Cawangan Lavender di Kelab Tasik Putrajaya hari ini.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Tengku Muhammad Hafiz telah mewakili Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menyantuni anggota-anggota Cawangan terbabit.
Turut hadir bersama-sama memeriahkan program tersebut ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Senator Datuk Hisamudin Yahaya.
Ternyata semangat kekeluargaan yang utuh dalam UMNO Bahagian Putrajaya tergambar sebagaimana meriahnya Sembang Santai Semarak Lavender yang menghimpunkan bukan sahaja anggota Cawangan terbabit tetapi juga disertai ahli-ahli jawatankuasa bahagiannya.
Semoga sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan perjuangan UMNO bersemarak dari dahulu, kini dan kepada generasi pewaris seterusnya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.