Berita

UMNO Tak Banyak Alasan, Penyerahan Kad Klinik KuNan Bukti Sentiasa Prihatin

PUTRAJAYA – Tekad UMNO melaksanakan khidmat demi memastikan rakyat mendapat pembelaan dan sejahtera tidak pernah padam.

Demikianlah prinsip perjuangan yang telah sebati dalam kepimpinan UMNO khususnya di Bahagian Putrajaya yang diketuai Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagaimana keprihatinannya terhadap anggota parti khususnya dalam penjagaan kesihatan.

Sekalipun UMNO Bahagian Putrajaya tidak mentadbir kawasan terbabit namun itu bukanlah alasan untuk melaksanakan khidmat bakti untuk rakyat sebagaimana penyerahan Kad Klinik KuNan kepada ahli-ahli cawangan UMNO, hari ini.

Penyerahan kad klinik ini telah disempurnakan oleh Ketua Penerangan UMNO Putrajaya, Tengku Muhammad Hafiz mewakili Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Kelab Tasik; yang turut disaksikan oleh Naib Ketua Bahagian Putrajaya, Senator Datuk Hisamuddin Yahaya.

Apa yang pasti, biarpun ada pemimpin yang acapkali memberikan alasan untuk membantu rakyat kononnya bukan kerajaan, bukan menteri dan sebagainya namun ia bukanlah UMNO Bahagian Putrajaya.

Dengan adanya kad klinik tersebut, pemiliknya akan mendapat kemudahan dalam menjalani rawatan di Klinik Rakyat KuNan, Presint 9 yang diwujudkan hasil idea Datuk Seri Tengku Adnan demi rakyat Putrajaya. – UMNOPutrajaya