Aktiviti & Komuniti

Aktifkan UMNO… Laksan Program Ziarah Prihatin Suburkan Rasa Kasih

PUTRAJAYA – UMNO Cawangan Bunga Matahari menganjurkan program Ziarah Prihatin ke Pusat Jagaan Warga Emas Mahmudah di Kampung Sungai Purun, Semenyih, Selangor sebagai aplkasi bagi menyuburkan perasaan kasih terhadap warga emas.

Dalam program yang diketuai oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Hisamudin Yahaya, kunjungan telah dibuat dengan menyantuni warga emas yang mendiami pusat jagaan tersebut di samping menghulurkan bantuan kewangan, makanan, perubatan dan sebagainya.

“Saya menyeru agar semua pihak mengambil inisiatif menziarahi warga emas untuk menghiburkan hati mereka dan membuatkan mereka berasa disayangi dan dihargai kerana kita juga akan tua suatu hari nanti,” katanya.

Dalam masa yang sama, sumbangan wang tunai sebanyak RM5,200 hasil daripada kutipan ahli-ahli Cawangan Bunga Matahari, UMNO Bahagian Putrajaya telah dilaksana.

Majlis turut dihadiri Ketua Wanita Cawangan Puan Hidayah dan Ketua Puteri Cawangan Puan Aisyah. – UMNOPutrajaya