Isu Semasa

Kemaman Untuk Kemaman… Pilih BN

Sempat berbicara dgn calon BN PRK Kemaman, Tan Sri Raja Mohamed Affandi hampir sejam semalam.

Asalnya saya rasa ‘intimidated’ jugak nak berbual dgn beliau, seorang wira negara dan satu2nya anak Terengganu yg pernah memegang jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Besarnya di Kemaman, sekolah rendah dan Menengah di Sek Sultan Ismail Cukai, Kemaman.

Balik raya pun di Mak Chili, Air Putih, Kemaman.

Org Kemasek kenal arwah ayah beliau, seorang pegawai perubatan di Klinik Kerajaan di Kemasek.

Memang anak jati Kemaman.

Bila Kemaman dilanda banjir, waktu itu beliau Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri tinggalkan saja majlis jamuan walimah anak beliau di rumah besan beliau.
Rakyat diutamakan. Org Kemaman amat terhutang budi pada beliau.

Saya tanya beliau, ” kenapa Tan Sri sanggup terima tawaran bertanding di PRK Kemaman, satu cabaran yg amat berat?”

Beliau jawab, seumur hidup beliau sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara.. ini satu “calling” yg beliau bersedia untuk hadapi demi untuk parti dan negara.
Tan Sri, I solute you .

Sedang beliau selesa dengan pencen Turus 1 (antara yg paling tinggi oleh penjawat awam), menjadi pengerusi LTAT, Investment Holding Company kepada tabung angkatan tentera, beliau bersedia untuk berjerumus dlm bidang politik untk rakyat.

PAS sudah kuasai 39 dari kerusi Parlimen dan Dun di Terengganu.

Beri kami peluang untuk 1 kerusi di Kemaman. Bukan kuantiti tapi kualiti. InsyaAllah wakil kami akan lebih efektif dari yg ramai, dalam menangani isu rakyat.

#AkuBN

Copy n Paste