BeritaRencana

Jangan Perguna Rakyat Untuk Retorik Politik

1. Saya mengikuti perkembangan politik semasa termasuklah hujah PMX dalam Dewan Rakyat semalam yang nyata tegas membidas kepimpinan pembangkang khususnya Pas dan PN.

2. Sungguh, isu berkaitan Perlembagaan, perundangan, syariah bukanlah sesuatu yang boleh dipolitikkan sewenang-wenangnya malah secara jelas ada fakta dan bukti nyata maka tidak sewajarnya diputarbelit oleh PN. Apatah lagi mereka adalah terdiri daripada bekas pemimpin negara yang sebelum ini mempunyai kuasa maka kenapa sewaktu mereka sendiri berkuasa tidak bertindak … sebaliknya kini menuding jari ibarat mereka serba ‘bijak’.

3. Lebih malang apabila kepimpinan PN seakan bersifat membela rakyat sedangkan yang nyata mereka adalah pihak yang acapkali gemar menangguk di air keruh, mengambil kesempatan atas isu rakyat dan menggunakan pentas politik sebagai platform bagi meraih perhatian. Apatah lagi sekarang ini adalah musim pilihan raya apabila Pas mempertaruhkan MB Terengganu di PRK Kemaman.

4. Ingatlah, taktik dan modus operandi PN yang memanipulasi pelbagai perkara kepada rakyat pernah berlaku sebagaimana sebelum PRU lalu. Janji itu ini tapi kemudian setelah menang mahukan Kerajaan Perpaduan sediakan peruntukan kepada mereka…

5. Persolannya, wajarkah memberi kepada pihak lawan secara terus yang sudah jelas memburukkan dan mencaci maki kerajaan. Kalau pun kerajaan nak bantu rakyat maka lebih baik berikan terus kepada rakyat melalui pelbagai peruntukan, agensi atau apa-apa sahaja daripada melaui mereka yang telah terbukti menjadi lawan.

6. Yang nyata, jika tidak mampu nak laksanakan jani-janji PRU maka kenapa disuarakan itu ini dan apabila menang lain pula jadinya, menuntut kerajaan Pusat salur peruntukan… mudahnya PN tak tunai macam-macam janji atas alasan bukan kerajaan Pusat, tak ada peruntukan, bukan menteri dan macam-macam lagi. Inilah juga yang berlaku dalam Parlimen Putrajaya apabila janji ‘Era Baharu’ terus malap.

7. Tak mampu nak mengurus dan mentadbir apabila dah menang, senang-senang pula 4 MP PN mendakwa beralih sokongan kepada PMX. Tentunya mengharapkan agar peruntukan akan disalurkan… mudah sungguh taktik politik PN nak kaburi rakyat walhal ayat mudah sebenarnya mereka tidak mampu mentadbir dan gagal sebagi wakil rakyat.

8. PN juga pernah menjadi kerajaan dan tahu bahawa bukan mudah mengurus rakyat dan negara… malah secara jelas bahawa mereka gagal. Kini Kerajaan Perpaduan sedang berusaha sebaik mungkin memulihkan keyakinan rakyat hinggalah kepada pelabur luar agar kesejahteraan negara dapat dicapai. Manipulasi fakta masih lagi berlaku bagi menutup kleptokrasi dan korupsi kroni sendiri. Provokasi sana sini dibuat untuk mengelirukan rakyat. Tuduhan itu ini masih dilaksana kepada pemimpin negara.

9. Rakyat perlukan bantuan dan bukan penipuan dengan pelbagai kekeliruan yang cuba dilakukan sebagaimana agenda politik mereka yang menghalalkan apa-apa sahaja. Lihat sahaja rakyat rakyat Kemaman yang kini berdepan PRK akibat kemenangan Pas dalam PRU yang dibatalkan kerana ada pemberian wang. Apa-apa pun matlamat tidak akan menghalalkan cara, maka inilah peluang menolak mereka yang secara terang memperguna rakyat.

10. Sekarang rakyat mahukan kehidupan yang tenang… mahu teruskan hidup setelah lama mendepani dalam pelbagai krisis semasa dari politik, ekonomi, kesihatan dan apa yang penting kelangsungan ini ada bersama Kerajaan Perpaduan hari ini. Justeru, tolaklah propaganda politik dan waspadalah tiap masa kerana ‘sesumpah’ menjelang PRK semakin bertambah.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
BENDAHARI UMNO
Ketua UMNO Bahagian Putrajaya