Aktiviti & Komuniti

Mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya, Ke Arah Perkemas Gerak Kerja

PUTRAJAYA – Mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya telah diadakan hari ini dengan dipengerusikan oleh ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berlangsung di pejabat bahagian terbabit.

Mesyuarat tersebut adalah rutin atau kebiasaan bagi UMNO Bahagian Putrajaya yang akan mengadakan perbincangan dan penerangan selepas berlangsungnya mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan juga Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Kesempatan tersebut diaplkasi oleh Datuk Seri Tengku Adnan dan kepimpinan bahagian terbabit untuk bertukar-tukar pandangan dan saling mencanai minda bagi melaksanakan aplikasi terbaik untuk meneruskan perjuangan parti.

Semoga setiap usaha yang dilaksana akan memberi manfaat kepada warga tempatan serta diberkati Allah SWT. – UMNOPutrajaya