Berita

Bersama Terus Semai Perpaduan, Raikan Kesatuan Dalam Kepelbagaian Rakyat Malaysia – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru semua pihak untuk terus sama-sama menyemai perpaduan dan meraikan kesatuan dalam kepelbagaian yang ada dalam negara kita.

Katanya, keunikan Malaysia adalah keleestariannya dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai bangsa, berbilang kaum serta macam-macam budaya tetapi dapat bersama-sama bersatu dan hidup sejahtera.

“Kerana itu, marilah kita terus menjaga kesejahteraan dengan nilai perpaduan yang sentiasa disemai sajak dari dahulu, kini hinggalah kepada generasi yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menerima jemputan sempena sambutan Deepavali bersama komuniti anjuran Persatuan Kebajikan & Keceriaan Komuniti Putrajaya, malam tadi.

Katanya, usaha yang berterusan dalam mengekalkan kesepaduan rakyat Malaysia adalah tanggungjawab bersama.

“Kita kekalkan kesejahteraan, semai toleransi dan hargai kesepakatan kesatuan dalam kepelbagaian rakyat Malaysia,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya