UMNO Putrajaya Tak Banyak Alasan, Khidmat Bakti Untuk Rakyat Sentiasa DiBeri
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan usaha bersama rakyat dengan merialisasikan gerak kerja tanpa banyak alasan kerana khidmat bakti sememangnya telah sebati dalam asas perjuangan parti.
Terbukti, biarpun Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bukan lagi Ahli Parlimen malah tidak menjawat apa-apa jawatan dalam kementerian Kerajaan Perpaduan hari ini, namun hal terbabit tidak membantutkan usaha bersama rakyat khususnya mereka yang kesusahan dan ditimpa musibah.
Terbaharu, Datuk Seri Tengku Adnan telah menyalurkan bantuan kepada seorang pesakit kanser, Puan Syamkinah, yang telah berdepan dengan ujian berat dalam kehidupan.
Puan Syamkinah yang telah kehilangan suami pada Syawal lalu berdepan ujian kesihatan dalam keadaan tiga orang anaknya masih kecil.
Lantaran itu, Datuk Seri Tengku Adnan memberikan sumbangan tabung mesin oksigen untuk kegunaan harian selain bersedia membiayai semua kos keperluan bagi Puan Syamkinah dan anak-anak yang masih kecil.
Ekoran kesihatan Puan Syamkinah, beliau kini dijaga oleh ibunya yang sudah berusia.
Sumbangan oleh Datuk Seri Tengku Adnan ini telah diserahkan melalui Puan Zarina selaku Ketua Cawangan Bunga Ixora bersama Ketua Cawangan Bunga Tulip, Encik Azmi dan Ketua Cawangan Bunga Melur, En Arbain.
Semoga Puan Syamkinah diberikan kesembuhan segera dari keuzurannya dan keluarga tabah berdepan dugaan dari Allah SWT. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.