Aktiviti & Komuniti

Futsal Warisan Kain Pelikat 2023 Semarakkan Semangat Pemuda UMNO

PUTRAJAYA – Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, demikian diibaratkan usaha yang diangkat oleh Pergerakan Pemuda UMNO dalam mengaplikasi budaya tradisi berkain pelikat dengan bersama-sama bermain futsal.

Langkah ini dilaksanakan sebagai satu kelainan di samping bersukan dan melaksanakan aktiviti bersama namun menyemarakkan kain pelikat yang menjadi antara pakaian harian bagi golongan lelaki.

Turut serta bermain dalam kumpulan Futsal yang bertanding ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Tengku Iqbal Munawwir.

Tahniah kepada pemenang dan syabas kepada semua pemain yang telah bersama-sama menjayakan usaha mengembalikan kegemilangan berkain pelikat sambal bermain futsal yang mengisi ruang menutup tirai tahun 2023. Selamat tahun baharu 2024. – UMNOPutrajaya