Aktiviti & Komuniti

UMNO Putrajaya Semarakkan Semangat Kerjasama, Majlis Gotong-royong Akrabkan Silaturrahim

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya terus menyemarakkan semangat kerjasama dengan bergotong-royong bagi memastikan kebersihan setempat menjadi amalan sentiasa.

Dalam hal ini, Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman dan juga dan Biro Penerangan UMNO Putrajaya yang diketuai oleh Tengku Muhammad Hafiz telah menjayakan pelaksanaan majlis gotong-royong dan pembesihan surau serta kawasan sekitar Putra Harmoni, Presint 9, pada Ahad.

Apa yang pasti semangat kebersamaan serta kekeluargaan yang ditunjukkan menerusi acara gotong-royong tersebut telah mengeratkan lagi silaturrahim yang terjalin.

Acara yang bermula seawal pukul 8.00 pagi ini dilaksana dengan agihan tugasan yang melibatkan gotong-royong dalam menyediakan juadah sementara ada yang membersihkan dalaman surau dan ada pula di bahagian luar serta kawasan sekitar.

Sememangnya, hal ini adalah antara semangat kerjasama yang sentiasa diaplikasi oleh Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam memastikan suasana sejahtera terjalin iaitu kunci utama dalam keluarga besar Putrajaya – UMNOPutrajaya