Berita

Tengku Adnan Rakam Selamat Menduduki Peperiksaan SPM Untuk Anak-anak Putrajaya

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada ana-anak Putrajaya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Beliau mendoakan agar anak-anak SPM ini agar sihat dan tenang berdepan peperikasaan terbabit.

“Saya doakan agar semua anak-anak yang menduduki SPM ini kekal sihat, dan tenang dalam menduduki peperiksaan serta kelak mendapat kejayaan yang diimpikan. Selamat menempuh peperiksaan SPM 2023,” katanya.

Secara keseluruhan, seramai 395,870 orang calon sudah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara yang berlangsung hari ini hingga 7 Mac depan.

Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan dilaksanakan bermula 8 hingga 11 Jan ini, manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (17-23 Jan), Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Jan) dan peperiksaan bertulis (30 Jan hingga 7 Mac), sementara Ujian Amali Sains telah dilaksanakan pada 5 hingga 7 Dis lepas. – UMNOPutrajaya