Aktiviti & Komuniti

UMNO Putrajaya Teruskan Tradisi Majlis Solat Hajat Perdana SPM/STPM

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan tradisi meraikan dan mendoakan anak-anak yang bakal berdepan peperiksaan melalui Majlis Solat Hajat Perdana SPM/STPM sesi akademik 2023/2024

Berkaitan program terbabit, Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan bahawa sememangnya telah menjadi tradisi bagi UMNO Bahagian Putrajaya yang akan bersama-sama berdoa, mengadakan solat hajat dan meraikan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan.

“Program sedemikian bukan baru tetapi telah sebati dan menjadi tradisi kita di Putrajaya, bukan hanya untuk peperiksaan namun banyak lagi program-program kemasyarakatan yang lain kerana UMNO Putrajaya adalah satu keluarga besar bagi masyarakat di sini,” katanya.

Dalam hal ini beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Biro Agama UMNO Putrajaya, Biro Pendidikan UMNO Putrajaya, Perbadanan Putrajaya, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Putrajaya, ahli-ahli UMNO dan orang ramai yang bersama-sama hadir serta mendoakan kejayaan anak-anak yang berdepan peperiksaan. – UMNOPutrajaya