Realitikan Tak Banyak Alasan, UMNO Putrajaya Terus Santuni Rakyat
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terbukti tak banyak alasan biarpun Parlimen terbabit bukan milik parti dengan terus menyantuni masyarakat tempatan khususnya mereka yang dilanda kesusahan dan perlukan perhatian.
Melalui Biro Kebajikannya yang diketuai oleh Puan Husna Abdul Rahaman, Program Ziarah Kasih Prihatin terus digerakkan bagi menyantuni mereka yang dilanda musibah.
Kali ini, Puan Husna bersama anggota jawatankuasanya telah berkunjung ke Kuaters Penjawat Awam 17RK1 dengan menziarahi Puan Halimah yang menghadapai masalah tulang belakang.
Kemudian berkunjung pula ke PPAM Selasih P17 menziarahi En Mohd Khairul yang baru seminggu kehilangan isteri tercinta bersama kandungan enam bulan.
Dalam kesempatan ini, huluran sokongan moral dan iringan doa disampaikan semoga En Khairul dan anakanda lelaki dan dua perempuan diberi kekuatan berdepan ujian ini.
Tidak habis di situ, seterusnya ke Kuaters Penjawat Awam Presint 18R13 menziarahi En Mohamad Shamsul Nizam yang menjadi mangsa rumah terbakar baru-baru ini.
Semoga warga Putrajaya terus diberikan kekuatan dan vekal berdepan apa-apa ujian di samping sentiasa berada di bawah peliharaan Allah S.W.T. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.