Aktiviti & Komuniti

UMNO Cawangan Bunga Tasbih Aktifkan Gerak Kerja, Semarakkan Ahli Parti

PUTRAJAYA – Akar umbi UMNO yang bergerak melalui cawangan-cawangan terus aktif melaksanakan perancangan gerak kerja bagi memastikan perjuangan parti tetap bersemarak.

Hal tersebut direalitikan oleh UMNO Cawangan Bunga Tasbih yang diketuai Tengku Mohammed Hafiz Tengku Adnan dengan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan gerak kerja dan khidmat bakti yang bakal diteruskan.

Mesyuarat terbabit telah berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya dengan dihadiri oleh anggota jawatankuasanya.

Dalam masa yang sama, perbincangan dan maklumat semasa turut dilakukan khususnya berkaitan isu-isu semasa serta suasana politik ketika ini.

Dalam masa yang sama, keraian ulang tahun anggota jawatankuasa yang jatuh pada bulan Januari dan Februari telah diadakan secara serentak selain menghargai penglibatan mereka dalam agenda perjuangan UMNO. Terima kasih semua dan moga terus bersemangat teruskan perjuangan bersama UMNO demi agama, bangsa dan negara. – UMNOPutrajaya