Rencana

Sedikit Coretan Sejarah Penubuhan Kampung Baru Di Malaysia

ASSALAMUALAIKUM…

Sedikit coretan sejarah penubuhan Kampung Baru di Malaysia
Mohon pihak yang beria-ia nak menjadikan Kampung Baru sebagai Tapak Warisan Sejarah UNESCO, mohon faham dan hadam dulu sejarah penubuhan Kampung Baru dan kenapa ia wujud. Sejarah tidak pernah menipu.

Bagaimana tercetusnya penubuhan Kampung Baru di Malaysia?

1. Kampung baru atau Chinese New Villages ialah penempatan yang dicipta dan diwujudkan dalam era pemerintahan Britsih di Tanah Melayu bermula tahun 1950. Kampung baru adalah sebahagian daripada Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney bagi menghalang gerakan Min Yuen daripada penyokongnya dalam kalangan rakyat awam semasa Darurat Tanah Melayu berlaku.

2. Tujuan asal penubuhan perkampungan ini ialah untuk memisahkan penduduk kampung berbangsa Cina daripada mempunyai hubungan dengan Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang diterajui Parti Komunis Malaya. Ia menjadi sebahagian daripada Rancangan Briggs, sebuah rancangan ketenteraan yang direka oleh Sir Harold Briggs secara ringkas selepas dilantik sebagai Pengarah Operasi Tentera British di Tanah Melayu pada 1950.

3. Rancangan ini bertujuan untuk menumpaskan TPRM, yang kebiasaannya bergerak di kawasan luar bandar sebagai gerakan gerila, dengan mencantas ketersampaian mereka kepada bekalan dan sokongan yang terdapat pada penduduk luar bandar.

Apa itu Rancangan Briggs?

1. Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs.

2. Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.

3. Antara tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru. Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di Kampung Baru seperti di Jinjang supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.

4. Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Program besar-besaran untuk menyusun semula penduduk luar bandar dilakukan, dengan hampir 500,000 orang (dalam 10% penduduk Tanah Melayu ketika itu) telah dipindahkan daripada penempatan asal dan ditempatkan dalam kem yang dikawal yang dipanggil “Kampung Baru”. Kampung-kampung ini biasanya dikelilingi dengan wayar berduri dan mempunyai pos kawalan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.

Kenapa Rancangan Briggs hanya tertumpu kepada kaum Cina sahaja?

Ini jelas menunjukkan bahawa hanya kaum Cina sahaja yang mempunyai simpati dan menyokong perjuangan komunis.

Rancangan Kampung Baru dengan menempatkan semula penduduk Cina dengan diberikan pelbagai kemudahan merupakan satu kesilapan besar yang pernah British lakukan ketika menjajah Tanah Melayu. Walhal pada ketika itu taraf penduduk Cina hanya sebagai imigran yang datang ke Tanah Melayu untuk bekerja.

Persidangan Raja-raja Melayu 1950 Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu, dan pemerhatian bahawa kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di Kampung Baru jauh lebih baik dari apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.

Raja-Raja Melayu malah pernah menzahirkan kebimbangan terhadap pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948, berasaskan kebimbangan Duli-Duli Tuanku itu terhadap apa yang dilakukan oleh Henry Gurney.

Sepatutnya pada ketika itu dengan penduduk Melayu yang sentiasa memberikan sokongan kepada British, pilihan yang paling baik sekali untuk mengekang sokongan terhadap pergerakan komunis ialah dengan menghantar pulang imigran-imigran Cina ini kembali ke Tanah Besar China, bukannya dengan mengurung mereka dalam Kampung-kampung Baru dengan diberikan pelbagai kemudahan.

Kini, kesilapan yang dilakukan oleh British tersebut terpaksa ditanggung oleh Melayu apabila anak cucu penduduk yang diberikan pelbagai keistimewaan oleh British dalam Kampung Baru semakin berani dan lantang mempersoalkan keistimewaan Melayu dan agama Islam.

Coretan ikhlas,

Senator Datuk Dr Azhar Ahmad
Ketua UMNO Bahagian Beruas