Biro Pendidikan UMNO Putrajaya Bincang Aktiviti, Tekad Laksana Penambahbaikan
PUTRAJAYA – Sesi persekolahan baharu 2024 bakal bermula pada 11 Mac depan, Justeru, Biro Pendidikan UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perancangan bagi memastikan anak-anak Putrajaya mendapat perhatian.
Pengerusi biro terbabit, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, beliau bersama dengan ahli jawatankuasa Biro Pendidikan Putrajaya telah membincangkan aktiviti yang bakal diaplikasi sempena menjelangnya pembukaan sekolah bagi sesi 2024/25.
“Seperti lazimnya, kami akan meneruskan aktiviti tahun lepas untuk dilaksanakan pada tahun ini dan berusaha melakukan penambahbaikan jika terdapat kekurangan.
“Kami barisan AJK Biro Pendidikan akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para pelajar dalam Parlimen Putrajaya,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.