Aktiviti & Komuniti

Ambang Ramadan Dirai, Persediaan Semarakkan Bulan Mulia

PUTRAJAYA – Menjelangnya bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, komuniti setempat di Presint 11 di sini mengadakan program Ambang Ramadan sebagai manifestasi menyemarakkan kedatangannya.

Program yang dijayakan oleh Wanita UMNO Cawangan di sini di adakan di Surau Abdul Rahman Auf, Fasa 4B, Presint 11 di sini.

Program Sambutan di Ambang Ramadan ini dilaksana dengan solat sunat Dhuha, bacaan surah Yassin, tahlil dan doa selamat bersama-sama qariah dan muslimat setempat.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dan dapat menunaikan ibadah dalam bulan Ramadan dengan penuh tawaduk. – UMNOPutrajaya