Aktiviti & Komuniti

Serahan Bantuan Kembali Ke Sekolah

PUTRAJAYA – Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Senator Datuk Hisamudin Yahaya telah memenuhi jemputan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk Majlis Serahan Bantuan Kembali ke Sekolah.
Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (2).

Apa yang pasti, keceriaan jelas terpancar di wajah 250 murid yang menerima bantuan masing-masing daripada pihak jabatan sebagai persediaan mereka kembali ke sekolah.

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan akan memberi suntikansemangat untuk anak-anak Putrajaya kembali ke sekolah bagi menimba ilmu. – UMNOPutrajaya