Aktiviti & Komuniti

Menjelang Bulan Puasa, UMNO Putrajaya Semarakkan Dengan Program Kasih Ramadan

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya terus menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan dengan Program Kasih Ramadan bagi menyantuni golongan yang memerlukan termasuk orang Kelainan upaya (OKU) dan ibu-ibu tunggal).

Hal tersebut dilaksana melalui Boiro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Puan Husna Abdul Rahaman merangkap Ketua Wanita UMNO Putrajaya.

Dalam program ini, seramai 100 orang penerima telah diraikan dengan agihan sumbangan termasuklah barangan keperluan dapar bagi meringankan beban mereka.

Semoga sumbangan yang diagih dapat memberi makna dalam keadaan untuk menyambut bulan Ramadan. – UMNOPutrajaya