Isu Semasa

Anda betul Dr Teo Kok Seong!!!

Kenyataan Prof Dr Teo Kok Seong Felo Majlis Profesor Negara yg mengatakan AP Seputeh YB Teresa Kok dlm penafian adalah sesuatu yg benar dlm isu sekolah venukular (SJKC) yg mana majoriti pelajar2 sekolah mereka menyebar sentimen perkauman & merendahkan masyarakat Melayu & bangsa2 lain dlm negara kita.

Isu SJKC ini telah lama didebatkan sejak ianya diwujudkan & lebih parah lagi bila Dong Zong yg sering bersikap rasis menuntut pelbagai hak & keistimewaan utk SJKC terutamanya dr segi peruntukkan utk sekolah2 mereka. Isu ini menjadi duri dalam daging dalam setiap kerajaan memerintah kerana semua beranggapan jika sentuh isu ini ianya akan menghakis sokongan masyarakat Cina. DAP, MCA, & Gerakan mempunyai nada yg sama mempertahankan SJKC kerana “pasaran politik” mereka ialah di SJKC. Malah Tun M & TSMY bila berkempen dlm PRU lepas bagi jatuhkan UMNO, & setelah menjadi kerajaan 22 bulan memberikan kenyataan bahawasanya SJKC tidak akan ditutup malah diberi sokongan terus diwujudkan malah “membuka jalan” dimana kerusi Tim Menteri Pelajaran diberikan kpd DAP kini berdekah2 berbicara soal SJKC.

Berbalik kpd YB “Minum Sesudu Sawit”, sebenarnya bukan beliau seorang sahaja yg mempunyai masalah sindrom penafian tetapi ramai lagi AP2 & YB DUN dari DAP termasuk dari kalangan parti MCA & Gerakan juga bersikap demikian. Mereka menekan & mendesak kerajaan agar SJKC terus hidup. Sistem pendidikan satu aliran tidak boleh wujud di dlm negara kita demi kepentingan politik mereka. Pendek kata sesiapa jadi kerajaan, tiada keberanian politik utk menutup sekolah vernakular.

Akhir kata, UMNO Bhgn Batu menyokong penuh apa yg dinyatakan oleh Prof Teo walaupun ianya adalah kebenaran yg pahit utk kita terima dlm usaha membentuk perpaduan & keharmonian diantara bangsa dlm negara kita. Proses asimilasi & intergrasi wajib bermula & dipupuk pada usia yg muda. Kini kita tunggu & lihat pula kenyataan dari MCA & Gerakan samada setuju atau tidak sekolah vernakular dihapuskan?

Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu WP merangkap Ketua Penerangan UMNO WP

11hb March 2024