Mesyuarat MKT: Komitmen UMNO Bantu Calon Perpaduan
KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan iaitu memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan Malaysia yang diwakili oleh Parti Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil DUN Kuala Kubu Baharu dengan menggerakkan jentera Bahagian daripada seluruh negeri Selangor dan Negeri-Negeri yang diterajui UMNO.
Demikian kata Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan media selepas bersama-sama dengan kepimpinan MKT dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, hari ini.
Katanya, UMNO juga menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1 Disember 2024. Ini pastinya mampu menyantuni harapan dan aspirasi penjawat awam sejak sekian lama.
Berkaitan ualang tahun UMNO, jelasnya UMNO akan menyambut Ulang Tahun UMNO yang ke-78 pada 11 Mei 2024 yang akan diadakan serentak di seluruh negara melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri.
“Ibu Pejabat UMNO Malaysia bersama Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan akan mengadakan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Doa Selamat bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, WTC, Kuala Lumpur.” – UMNOPutrajaya