Aktiviti & Komuniti

Keluh Kesah Didengar, UMNO Ambil Maklum Kebimbangan Peniaga

PUTRAJAYA – UMNO sentiasa mengutamakan rakyat dalam setiap aspek pembangunan dan kebajikan. Sehubungan itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim bersama Pengerusi MPP Sub Zon 3, Puan Zarina, telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Peniaga Pasar P8 pagi tadi.

Pertemuan ini bertujuan mendengar luahan serta keluhan para peniaga berikutan khabar angin mengenai pembukaan sebuah pasaraya pemborong besar di kawasan penduduk.

Para peniaga menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kemungkinan kesan ke atas perniagaan kecil di kawasan tersebut. Datuk Ahmad Faisal memberi jaminan bahawa pihaknya akan meneliti perkara ini dan berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi menjaga kepentingan peniaga tempatan. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.