Aktiviti & Komuniti

Salam Takziah, Suami Mantan Ketua Wanita UMNO Putrajaya Meninggal Dunia

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan dan ahli jawatankuasanya mengucapkan salam takziah kepada Mantan Ketua Wanita UMNO Putrajaya, Puan Saadiah dan keluarga atas pemergian suami tercinta, Haji Sharifuddin Mohd Yusoff, yang telah kembali ke rahmatullah, semalam.

Dalam kesempatan tersebut, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim, bersama Ketua Wanita Bahagian, Puan Husna, Naib Ketua Wanita Bahagian, Naib Ketua Pemuda Bahagian serta isteri Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datin Seri Anggraini, telah menziarahi keluarga Allahyarham bagi memberikan penghormatan terakhir dan menyampaikan ucapan takziah.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.