Aktiviti & Komuniti

Majlis Yassin, Tahlil dan Aidilfitri Eratkan Silaturahim Komuniti di Presint 9

PUTRAJAYA – Ketua Wanita UMNO Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman telah memenuhi jemputan ke Majlis Yassin & Tahlil serta Jamuan Aidilfitri yang dianjurkan di Surau Al-Insaniah, Fasa 2 Presint 9.

Program tersebut menghimpunkan jemaah setempat serta komuniti sekitar dalam suasana penuh kemesraan dan ukhuwah, selaras dengan semangat Aidilfitri yang diraikan.

Menurut Puan Husna Abdul Rahaman, penganjuran majlis seperti ini sangat penting dalam memperkukuhkan hubungan masyarakat.

“Majlis seperti Yassin, Tahlil dan Jamuan Aidilfitri bukan sekadar acara tahunan, tetapi menjadi jambatan yang mengeratkan ukhuwah serta menyemai kasih sayang dalam komuniti. Semoga tradisi ini terus subur dan diberkati,” katanya.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut, termasuk jawatankuasa surau, para jemaah serta komuniti setempat yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam setiap penganjuran program kemasyarakatan. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.