Rencana

Resolusi Kongres Pendidikan Bumiputera 2026

Dengan penuh iltizam dan tanggungjawab kongres ini sebulat suara bersetuju dan berketetapan bahawa:

* Menubuhkan Majlis Tahfiz Negara yang berperanan menyelaras hala tuju pendidikan tahfiz di peringkat nasional.

* Memberi fokus kepada pembentukan Tahfiz Pencipta dan Tahfiz Hibrid.

* Memperkasakan pengarusperdanaan pendidikan tahfiz.

* Menubuhkan Suruhanjaya TVET Negara sebagai badan induk bagi menyelaras dan memperkukuh ekosistem TVET.

* Menyusun semula sistem pendidikan dan latihan agar selari dengan keperluan ekonomi masa hadapan.

* Memperkukuh pembangunan bakat Bumiputera.

* Melaksanakan reformasi menyeluruh bagi memperkukuh sistem pendidikan pra-sekolah, termasuk menambahkan peruntukan untuk pendidikan pra-sekolah.

* Menubuhkan Wakaf Pendidikan Bumiputera yang diuruskan secara profesional dan diletakkan di bawah institusi Kerajaan sedia ada.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.