Berita

Konvensyen UMNO: Kekal Kukuh, Bersatu dan Berprinsip – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Bendahari UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan Konvensyen UMNO 80 Tahun yang menutup tirainya semalam menjadi bukti bahawa parti itu terus kukuh, bersatu dan berprinsip dalam menghadapi cabaran politik semasa.

Menurut beliau, UMNO kekal relevan serta komited dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan masa depan negara, meskipun landskap politik negara terus berubah.

“Alhamdulillah. Konvensyen UMNO 80 Tahun membuktikan parti ini terus kukuh, bersatu dan berprinsip dalam mendepani cabaran semasa. UMNO kekal relevan dan komited memperjuangkan kepentingan rakyat serta masa depan negara. Moga perjuangan kita terus diredhai Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas semangat dan mesej yang dizahirkan sepanjang penganjuran konvensyen tersebut yang menghimpunkan kepimpinan serta ahli parti dari seluruh negara.

Konvensyen berkenaan dilihat menjadi platform memperkukuh perpaduan dalaman parti serta mempertegaskan hala tuju perjuangan UMNO dalam mendepani cabaran politik dan ekonomi semasa. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.